Featured Posts
Thursday, 14 March 2013
Pengajaran Kaedah Token
Baiklah, kita terus sahaja kepada aktiviti pembelajaran yang terakhir. Aktiviti ini berfungsi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, sila baca maklumat seterusnya.
Objektif : Mengajak murid-murid sentiasa bersikap positif semasa belajar seperti tidak membuat bising serta mendengar arahan guru. Secara tidak langsung, mengelakkan perlakuan negatif di dalam kelas mengikut nilaian guru.
Bahan : Sticker Smiley
Langkah:
1. Pastikan murid-murid sentiasa duduk dalam kumpulan masing-masing ketika belajar
2. Kaedah token ini bermula sebaik sahaja proses pengajaran dan pembelajaran bermula
3. Di awal pembelajaran,guru perlulah memberi peringatan kepada murid-murid :
a) Kumpulan yang menunjukkan sikap yang positif dan memuaskan hati guru akan menerima sticker smiley senyum
b) Kumpulan yang menunjukkan sikap yang negatif akan mendapat sticker smiley sedih
4.Guru perlu sediakan satu ruang di hadapan kelas sama ada pada papan putih atau papan kenyataan mengikut kumpulan masing-masing bagi mempamerkan (menampal sticker) hasil perlakuan mereka pada hari itu.
5. Setelah sesi pengajaran selesai, di akhir waktu, guru akan memberikan ganjaran kepada kumpulan yang berjaya menunjukkan sikap yang positif. Manakala kumpulan yang gagal, akan menerima dendaan.
Macam mana? Adakah anda rasa aktiviti yang kami cadangkan ini sesuai dengan citarasa anda ? Sebagai bakal pendidik, kita bukan sahaja mahu suasana kelas ceria dan positif untuk mengharapkan fokus dan tumpuan mereka. Tetapi, kita juga menginginkan mereka terbentuk dengan sikap yang positif dan berakhlak. Walaupun aktiviti kelihatan mudah dan ringkas, namun, guru perlulah berniat untuk menjadikan murid-murid berperibadi baik.
Wednesday, 13 March 2013
Peraturan Bilik Darjah
Amboi2 cik adik cik abang semua... Banyak rupanya yang anda semua ingin tahu tentang Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku yaa.. Baiklah..Sebelum kami mengulas lanjut tentang Peraturan Bilik Darjah, kami ingin memberi definisi bagi perkataan peraturan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-Empat, peraturan membawa maksud tatatertib dan disiplin yang mesti dipatuhi. Maksudnya, murid-murid yang berada di dalam kelas tersebut mestilah mengikuti peraturan-peraturan yang telah di tetapkan. Tetapi ingat semua cikgu, peraturan yang dibuat bukan untuk mendera murid,namun ia dirangka untuk mendatangkan manfaat kepada murid
Berikut merupakan sedikit contoh peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh diguna pakai untuk membentuk disiplin anak murid kita... Semoga perkongsian ini bermanfaat buat diri kami dan anda semua yaa..
1. Sentiasa memandang wajah guru ketika guru mengajar di
hadapan kelas.
2. Membawa buku dan alat-alat yang diperlukan sewaktu sesi
pembelajaran.
3. Sentiasa mendengar apa ketika guru mengajar dan rakan menjawab soalan serta bercakap
bila perlu sahaja.
4. Menghantar setiap tugasan yang diberikan pada waktu yang
telah ditetapkan.
5. Sentiasa memastikan bilik darjah dalam keadaan yang
bersih dan teratur.
6. Elakkan pembaziran. cth : eletrik.
7. Menjaga hak kerajaan dan persendirian dengan baik.
8. Sentiasa duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk
menerima pelajaran dari guru.
9. Sentiasa berbudi bahasa dan hormat menghormati antara
satu sama lain.
10. Angkat tangan jika ingin menjawab soalan atau bertanya. Selepas mendapat keizinan daripada guru, barulah bangun dan mula bercakap..
Subscribe to:
Posts (Atom)