Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharapkan semua para pembaca blog ini sentiasa dikurniakan ketenangan hidup walau apa pun dugaan atau cabaran yang melanda. Sebagai pengenalan, ingin kami menjelaskan serba sedikit tentang tujuan penghasilan blog ini. Sebelum meneruskan tinta ini, eloklah kiranya kami memperkenalkan diri. Ahli kumpulan kami terdiri daripada:
Nur Shuhada Sahak Asal : Johor |
Fatkhurrahman bin Rahmat Asal: Selangor |
Kami merupakan pelatih guru IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pada tahun 2013 ini, kembara ilmu kami sudah pun memasuki semester ketiga. Setelah hampir tiga tahun lebih kami bersama-sama menuntut ilmu di sini, pelbagai ilmu dan pengalaman yang kami perolehi. Sehingga kini, kami telah didedahkan dengan pelbagai ilmu baru yang sangat berharga dan mengujakan. Tugasan atau nama glamournya di sini "kkp" (kerja kursus pendek) , 'KKBI'(kerja kursus berasaskan ilmu) dan projek, saban hari semakin mencabar dan mengajak kami agar menjadi pendidik yang kreatif dan inovatif.
Lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran generasi akan datang yang celik gadjet. Sedari kecil sudah didedahkan dengan penggunaan telefon bimbit dan komputer riba yang canggih. Bukan itu sahaja, malah, mereka kini lebih "advance" atau terkehadapan daripada golongan pendidik sendiri. Bertitik tolak daripada hal ini, kami merasakan bahawa para pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan di IPG mengambil inisiatif untuk merangka tugasan yang dapat melatih kami menguasai selok-belok serta proses menghasilkan blog. Tambahan lagi, informasi atau maklumat berkaitan subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3104) yang tidak mencukupi di internet merupakan salah satu faktor yang rasional untuk melaksanakan tugasan ini.
Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, kami perlu membina aktiviti yang boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah berdasarkan senario ini....
" Ish ish.. apa nak jadi dengan kelas ni", keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk ke kelas 3 Mesra." Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel pula memulakan pengajaran tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran..
Situasi di atas memberi bayangan kepada kita semua bahawa Cikgu Daniel gagal mengurus bilik darjah dengan berkesan. Murid-muridnya tidak mengendahkan pengajaran dan bermain-main. Mungkin juga ada yang tidur.
Justeru, pada entri seterusnya, kami akan menghuraikan tentang Konsep Pengurusan Bilik Darjah, Peraturan Bilik Darjah, Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian dan yang terakhir lain-lain maklumat yang berkaitan. Jadi, teruskan pengembaraan anda di sini ya! Terima kasih! :)
nice blog... keep it up!! hidup o3!! sme2 la kite menyokong each other k..
ReplyDeleteterima kasih. insyaallah. :)
ReplyDeleteyohuuu ... sokong korang (sokong la kita org jgk)
ReplyDeleteyupp!! support our friends!! may allah bless. :)
ReplyDelete