Pages

Ads 468x60px

Thursday 14 March 2013

Jom Jadi Cikgu yang Bersemangat!


Pengajaran Kaedah Token


Baiklah, kita terus sahaja kepada aktiviti pembelajaran yang terakhir. Aktiviti ini berfungsi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, sila baca maklumat seterusnya.

Objektif : Mengajak murid-murid sentiasa bersikap positif semasa belajar seperti tidak membuat bising serta mendengar arahan guru. Secara tidak langsung, mengelakkan perlakuan negatif di dalam kelas mengikut nilaian guru.

Bahan : Sticker Smiley 

Langkah:

1. Pastikan murid-murid sentiasa duduk dalam kumpulan masing-masing ketika belajar
2. Kaedah token ini bermula sebaik sahaja proses pengajaran dan pembelajaran bermula
3. Di awal pembelajaran,guru perlulah memberi peringatan kepada murid-murid : 
 a) Kumpulan yang menunjukkan sikap yang positif dan memuaskan hati guru akan menerima sticker smiley senyum
b) Kumpulan yang menunjukkan sikap yang negatif akan mendapat sticker smiley sedih




4.Guru perlu sediakan satu ruang di hadapan kelas sama ada pada papan putih atau papan kenyataan mengikut kumpulan masing-masing bagi mempamerkan (menampal sticker) hasil perlakuan mereka pada hari itu.
5. Setelah sesi pengajaran selesai, di akhir waktu, guru akan memberikan ganjaran kepada kumpulan yang berjaya menunjukkan sikap yang positif. Manakala kumpulan yang gagal, akan menerima dendaan.

Macam mana? Adakah anda rasa aktiviti yang kami cadangkan ini sesuai dengan citarasa anda ? Sebagai bakal pendidik, kita bukan sahaja mahu suasana kelas ceria dan positif untuk    mengharapkan fokus dan tumpuan mereka. Tetapi, kita juga menginginkan mereka terbentuk dengan sikap yang positif dan berakhlak. Walaupun aktiviti kelihatan mudah dan ringkas, namun, guru perlulah berniat untuk menjadikan murid-murid berperibadi baik.


Wednesday 13 March 2013

Peraturan Bilik Darjah

Amboi2 cik adik cik abang semua... Banyak rupanya yang anda semua ingin tahu tentang Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku yaa.. Baiklah..Sebelum kami mengulas lanjut tentang Peraturan Bilik Darjah, kami ingin memberi definisi bagi perkataan peraturan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-Empat, peraturan membawa maksud tatatertib dan disiplin yang mesti dipatuhi. Maksudnya, murid-murid yang berada di dalam kelas tersebut mestilah mengikuti peraturan-peraturan yang telah di tetapkan. Tetapi ingat semua cikgu, peraturan yang dibuat bukan untuk mendera murid,namun ia dirangka untuk mendatangkan manfaat kepada murid



Berikut merupakan sedikit contoh peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh diguna pakai untuk membentuk disiplin anak murid kita... Semoga perkongsian ini bermanfaat buat diri kami dan anda semua yaa..


1. Sentiasa memandang wajah guru ketika guru mengajar di hadapan kelas.




2. Membawa buku dan alat-alat yang diperlukan sewaktu sesi pembelajaran.




3. Sentiasa mendengar apa ketika guru mengajar dan rakan menjawab soalan serta bercakap 

bila perlu sahaja.
4. Menghantar setiap tugasan yang diberikan pada waktu yang telah ditetapkan.
5. Sentiasa memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan teratur.



6. Elakkan pembaziran. cth : eletrik.
7. Menjaga hak kerajaan dan persendirian dengan baik.
8. Sentiasa duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk menerima pelajaran dari guru.



9. Sentiasa berbudi bahasa dan hormat menghormati antara satu sama lain.
10. Angkat tangan jika ingin menjawab soalan atau bertanya. Selepas mendapat keizinan daripada guru, barulah bangun dan mula bercakap.. 



Permainan Fikir dan Nyatakan



Sekarang, kita teruskan lagi perbincangan kita tentang aktiviti yang berkesan bagi mengajar murid yang pasif dan kurang memberi perhatian di dalam kelas. aktiviti ini amat menyeronokkan kerana kumpulan yang kalah akan didenda dan dendaan itu ditentukan oleh kumpulan yang menang..itupun setelah dipertimbangkan oleh guru kelas..hehehe...

Objektif: Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir
Bahan: Pen (marker/kapur), papan tulis, beberapa perkataan.



Permainan ini melibatkan beberapa kumpulan bagi memeriahkan suasana kelas...tetapi AWAS!! kawalan kelas amat penting yaa...

Langkah:

1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan yang 
    dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang hendak diteka.       
                     Contoh:- ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___   

3. Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu diisi pada ruang kosong tersebut. Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan hukuman dimana guru akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala, diikuti badan, tangan, dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka lakukan.



4. Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas.

Nota:
Anda boleh menjalankan permainan ini secara berpusingan mengikut peruntukan masa yang dihadkan.

Permainan Teka Lukisan/Lakaran


Baiklah saudara saudari cikebom-cikebom semua... Mari kita teruskan pengembaraan untuk mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan yang timbul daripada entri yang sebelum ini. Setelah perbincangan dilakukan bersama ahli kumpulan yang bijak lestari semua, kami berjaya menhasilkan 3 aktiviti yang bersesuaian dengan permasalahan yang berlaku... Mari sama-sama kita cuba aktiviti ini... Semoga berjaya ya kawan-kawan semua!!

Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik



Bahan: Kertas dan Pensel



Aktiviti ini boleh dilakukan secara berkumpulan di dalam bilik darjah... So, ini akan menglibatkan semua murid.. Maka, tiada murid yang akan ketinggalan untuk mengikuti aktiviti ini.. Tetapi, guru perlu memastikan pengawalan kelas berada di dalam tahap yang maksima okaayyy!!

Langkah:

1. Pelajar duduk ditempat atau di dalam kumpulan masing-masing.
2. Anda akan melukis sesuatu objek sambil meminta pelajar anda meneka apakah objek yang sedang anda lukis. Pertanyaan anda perlu dilakukan berdasarkan peringkat lukisan atau lakaran.
3. Kumpulan yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira pemenang.
4. Aktiviti melukis ini pula diikuti oleh wakil kumpulan masing-masing manakala kumpulan lawan membuat tekaan.



Kesimpulannya, aktiviti ini sesuai dilakukan kepada bilik darjah yang dihuni oleh murid-murid yang pasif dan kurang minat untuk belajar.. Aktiviti ini boleh digunakan pada semua subjek pelajaran yang dirasakan sesuai oleh guru subjek tersebut...

Apa Itu Pengurusan Bilik Darjah?


Entri ini berkaitan Konsep Pengurusan Bilik Darjah, iaitu Tajuk Bab 1 bagi subjek ini. Insyaallah, isi yang dihuraikan ini ringkas dan padat agar mudah difahami para pembaca sekalian. Kami akan menjelaskan isi berkenaan tajuk ini mengikut kemampuan kami.

                Pertama, terdapat perkaitan antara pengurusan bilik darjah dan pengajaran. Hal ini kerana pengursan bilik darjah yang berkesan oleh para guru akan menunjukkan pencapaian akademik yang lebih tinggi, iaitu melalui pengajaran. Seterusnya, bagi mempengaruhi motivasi, tahap penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran, serta kelakuan dan sikap murid, pengurusan bilik darjah menjadi sebab utamanya. Berikut merupakan beberapa penafsiran Pengurusan Bilik Darjah oleh ilmuwan barat :







 Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai tujuan berikut :




Dalam pengurusan bilik darjah, terdapat pendekatan tradisional iaitu berorientasikan kawalan (kaedah modifikasi tingkah laku). Ia berfokus kepada tindakan yang diambil selepas murid mempamerkan kelakuan yang tidak diingini. Selain itu, terdapat juga pendekatan bersifat holistik yang lebih tertumpu kepada pencegahan. Ia bermaksud, perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencegah salah laku serta tindakan guru yang mungkin menyumbang kepada salah laku murid.






Tuesday 5 March 2013

Tinta Mukaddimah Daripada Kami

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharapkan semua para pembaca blog ini sentiasa dikurniakan ketenangan hidup walau apa pun dugaan atau cabaran yang melanda. Sebagai pengenalan, ingin kami menjelaskan serba sedikit tentang tujuan penghasilan blog ini. Sebelum meneruskan tinta ini, eloklah kiranya kami memperkenalkan diri. Ahli kumpulan kami terdiri daripada:

Muhammad Haziq bin Abd Aziz
Asal : Selangor


Nur Shuhada Sahak
Asal : Johor

Fatkhurrahman bin Rahmat
Asal: Selangor


    Kami merupakan pelatih guru IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pada tahun 2013 ini, kembara ilmu kami sudah pun memasuki semester ketiga. Setelah hampir tiga tahun lebih kami bersama-sama menuntut ilmu di sini, pelbagai ilmu dan pengalaman yang kami perolehi. Sehingga kini, kami telah didedahkan dengan pelbagai ilmu baru yang sangat berharga dan mengujakan. Tugasan atau nama glamournya di sini "kkp" (kerja kursus pendek) , 'KKBI'(kerja kursus berasaskan ilmu) dan projek, saban hari semakin mencabar dan mengajak kami agar menjadi pendidik yang kreatif dan inovatif. 

   Lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran generasi akan datang yang celik gadjet. Sedari kecil sudah didedahkan dengan penggunaan telefon bimbit dan komputer riba yang canggih. Bukan itu sahaja, malah, mereka kini lebih "advance" atau terkehadapan daripada golongan pendidik sendiri. Bertitik tolak daripada hal ini, kami merasakan bahawa para pensyarah  dari Jabatan Ilmu Pendidikan di IPG mengambil inisiatif untuk merangka tugasan yang dapat melatih kami menguasai selok-belok serta proses menghasilkan blog. Tambahan lagi, informasi atau maklumat berkaitan subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3104) yang tidak mencukupi di internet merupakan salah satu faktor yang rasional untuk melaksanakan tugasan ini.

    Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, kami perlu membina aktiviti yang boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah berdasarkan senario ini....

      " Ish ish.. apa nak jadi dengan kelas ni", keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk ke kelas 3   Mesra." Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel pula memulakan pengajaran tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran..
   
Situasi di atas memberi bayangan kepada kita semua bahawa Cikgu Daniel gagal mengurus bilik darjah dengan berkesan. Murid-muridnya tidak mengendahkan pengajaran dan bermain-main. Mungkin juga ada yang tidur.


Justeru, pada entri seterusnya, kami akan menghuraikan tentang Konsep Pengurusan Bilik Darjah, Peraturan Bilik Darjah, Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian dan yang terakhir lain-lain maklumat yang berkaitan. Jadi, teruskan pengembaraan anda di sini ya! Terima kasih! :)