Pages

Ads 468x60px

Wednesday 13 March 2013

Permainan Fikir dan Nyatakan



Sekarang, kita teruskan lagi perbincangan kita tentang aktiviti yang berkesan bagi mengajar murid yang pasif dan kurang memberi perhatian di dalam kelas. aktiviti ini amat menyeronokkan kerana kumpulan yang kalah akan didenda dan dendaan itu ditentukan oleh kumpulan yang menang..itupun setelah dipertimbangkan oleh guru kelas..hehehe...

Objektif: Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir
Bahan: Pen (marker/kapur), papan tulis, beberapa perkataan.



Permainan ini melibatkan beberapa kumpulan bagi memeriahkan suasana kelas...tetapi AWAS!! kawalan kelas amat penting yaa...

Langkah:

1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan yang 
    dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang hendak diteka.       
                     Contoh:- ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___   

3. Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu diisi pada ruang kosong tersebut. Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan hukuman dimana guru akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala, diikuti badan, tangan, dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka lakukan.



4. Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas.

Nota:
Anda boleh menjalankan permainan ini secara berpusingan mengikut peruntukan masa yang dihadkan.

7 comments:

  1. mnarik! tp make sure, perlu ad supervisor dr guru utk smua kmpln...spya mereka fham pelaksanaan aktviti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas cadangan..Penting juga supervisor ni kn nk kawal keadaan..

      Delete
  2. menarik! ttpi make sure ad supervisor dr guru utk smua kumpln supaya mereka bnar2 pham pelaksanaan aktiviti ni. =)

    ReplyDelete
  3. selalu main masa zaman sekolah rendah dulu... tahniah kerana berjaya imbau kembali zaman tersebut.. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih senior. rasa nk sekolah lg :)

    ReplyDelete
  5. nice game.. i really like it

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap berguna dan berkesan utk guru2 wpun simple je.

      Delete