Pages

Ads 468x60px

Thursday 14 March 2013

Pengajaran Kaedah Token


Baiklah, kita terus sahaja kepada aktiviti pembelajaran yang terakhir. Aktiviti ini berfungsi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, sila baca maklumat seterusnya.

Objektif : Mengajak murid-murid sentiasa bersikap positif semasa belajar seperti tidak membuat bising serta mendengar arahan guru. Secara tidak langsung, mengelakkan perlakuan negatif di dalam kelas mengikut nilaian guru.

Bahan : Sticker Smiley 

Langkah:

1. Pastikan murid-murid sentiasa duduk dalam kumpulan masing-masing ketika belajar
2. Kaedah token ini bermula sebaik sahaja proses pengajaran dan pembelajaran bermula
3. Di awal pembelajaran,guru perlulah memberi peringatan kepada murid-murid : 
 a) Kumpulan yang menunjukkan sikap yang positif dan memuaskan hati guru akan menerima sticker smiley senyum
b) Kumpulan yang menunjukkan sikap yang negatif akan mendapat sticker smiley sedih




4.Guru perlu sediakan satu ruang di hadapan kelas sama ada pada papan putih atau papan kenyataan mengikut kumpulan masing-masing bagi mempamerkan (menampal sticker) hasil perlakuan mereka pada hari itu.
5. Setelah sesi pengajaran selesai, di akhir waktu, guru akan memberikan ganjaran kepada kumpulan yang berjaya menunjukkan sikap yang positif. Manakala kumpulan yang gagal, akan menerima dendaan.

Macam mana? Adakah anda rasa aktiviti yang kami cadangkan ini sesuai dengan citarasa anda ? Sebagai bakal pendidik, kita bukan sahaja mahu suasana kelas ceria dan positif untuk    mengharapkan fokus dan tumpuan mereka. Tetapi, kita juga menginginkan mereka terbentuk dengan sikap yang positif dan berakhlak. Walaupun aktiviti kelihatan mudah dan ringkas, namun, guru perlulah berniat untuk menjadikan murid-murid berperibadi baik.


0 comments:

Post a Comment