Pages

Ads 468x60px

Wednesday 13 March 2013

Permainan Teka Lukisan/Lakaran


Baiklah saudara saudari cikebom-cikebom semua... Mari kita teruskan pengembaraan untuk mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan yang timbul daripada entri yang sebelum ini. Setelah perbincangan dilakukan bersama ahli kumpulan yang bijak lestari semua, kami berjaya menhasilkan 3 aktiviti yang bersesuaian dengan permasalahan yang berlaku... Mari sama-sama kita cuba aktiviti ini... Semoga berjaya ya kawan-kawan semua!!

Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik



Bahan: Kertas dan Pensel



Aktiviti ini boleh dilakukan secara berkumpulan di dalam bilik darjah... So, ini akan menglibatkan semua murid.. Maka, tiada murid yang akan ketinggalan untuk mengikuti aktiviti ini.. Tetapi, guru perlu memastikan pengawalan kelas berada di dalam tahap yang maksima okaayyy!!

Langkah:

1. Pelajar duduk ditempat atau di dalam kumpulan masing-masing.
2. Anda akan melukis sesuatu objek sambil meminta pelajar anda meneka apakah objek yang sedang anda lukis. Pertanyaan anda perlu dilakukan berdasarkan peringkat lukisan atau lakaran.
3. Kumpulan yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira pemenang.
4. Aktiviti melukis ini pula diikuti oleh wakil kumpulan masing-masing manakala kumpulan lawan membuat tekaan.



Kesimpulannya, aktiviti ini sesuai dilakukan kepada bilik darjah yang dihuni oleh murid-murid yang pasif dan kurang minat untuk belajar.. Aktiviti ini boleh digunakan pada semua subjek pelajaran yang dirasakan sesuai oleh guru subjek tersebut...

4 comments:

  1. melukis ... my kegemaran ... pasti pelajar menyukainya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh knl potensi mereka.. melalui lukisan juga boleh kenali diri pelajar..dari aspek psikologi..insyaallah mereka seronok~! :)

      Delete
  2. salam, xtiviti ini menarik. apakah contoh subjek yang sesuai utk menggunakan xtiviti ini??

    ReplyDelete
    Replies
    1. contohnya, subjek sains, untuk kenal bahan2 yg digunakan..
      ataupun mengikut tajuk2 yg terdapat dlm buku teks..
      selain itu, boleh digunakan sebagai aktiviti tambahan bagi menceriakan lagi suasana kelas. murid2 akan lebih teruja untuk belajar lagi namun tetap ada sedikit permainan. ke ada apa2 penambahbaikan ??

      Delete